Ahad, 7 Februari 2010

APAKAH SAYA BERSEDIA??


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang. Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam.Smoga ilmu yang dikongsi ini menjadi santapan rohani dalam diri kita, sebagaimana badan yang memerlukan makanan untuk berfungsi dengan sebaiknya. Begitulah rohani kita yang sentiasa dahagakan ilmu.

Hari ini tension la skek, ade hal yang menyebabkan saya sakit hati. Kalo pk blk xguna juga. Pe kata, saya salurkan pada perkara yang baik.

"To pretend happy is better than to let others know it"

ops..
sebenarnya, umur saya 23 (2010) years old da. Yg same praktikal umur 21, p saya xnak diowng pnggl sy sis ar. i got a lot of sibling dat already called me kak ar..haha..
Ye, sbb barrier.Saya xnk downg anggap saya kakak, p at the same time actually saya nak diowng senang speak to me, share wif me..at d same time..saya xrase saya tua..hahaha. kdng2 kami happy sama2 n tdo sama2 (ble mgntuk tahap cipan n wat segelas air nescafe pon xde effect !! n sure time zohor tdo), g plant sama2, solat same2,mkn same2...best btol!
(haha mula rindu ina n yana=P)

tang dok mkn lunch tu start la topic discussion kami
"ar xtau la kes anwar tu btol ke x,konfius...br keluar penjara nak kena msuk lg. si shaiful tu belajar tinggi2 tp bg keterangan mcm owng xeducated..."
"a'ah, nuyu dgr die xkencing 2 hari, sebab tu yang die wat ujian dna tu dapat amek"
"aik, boley lak xkencing. die xminum air ker? owng nk mati xde air"

(no comment: xley ckp byk hal nie...Undang-undang sivil)

beralih lak topik kami on KIAMAT
" nuyu, ingat x Pak Anchang yg cakap kat abg Arif yang die dgr ustaz cerita psl kiamat pd 2012"
" a'ah, ar ade terbaca dalam al-Islam, perubahan pergerakkan planet Marikh reveal oleh ahli kaji semesta. pnh jugak ar fikir, ntah-ntah xsempat pun bertemu jodoh kita, jumpa bidadara di syurga...haha"
"btol, nuyu pon rase xsempat lak jd engineer"
"dunia pun da panas, tengok la, binatang-binatang pelik muncul, mcm-mcm ular yang ade kaki"
"owh, yg kita tengok dalam you tube ai tu ekh??"
"sekarang pon masjid al-Aqsa Yahudi nak runtuhkan, nak bina temple"
"diowng pun giat menanam pokok yang dapat menyembunyikkan diri mereka nanti"
" Atiqah lak pernah terbaca psl ade 2 tempat yang tidak musnah.."
"Masa pun jadik cepat, sebab bumi da ringan, korek sana, korek sini, bumi pon bergerak laju, "


tu discussion kami psl kiamat. gerun jugak, da la rase dr ini xcukup amalan. bertambah lak dgn dosa-dosa yg sengaja atau tidak disengajakan. mula la saya nak check tanda-tanda kiamat

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :sahabat-sahabat amek pen n tick da ke blom sendiri ekh:
1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim)

hurm, da mengantuk la (10:40 pm), t kita discuss more on tanda-tanda besar. smua tanda kecil dapat tick jer...hu2..

salam

oyaminusai
(ops..clap eja)
wanshang hao




Tiada ulasan: