Jumaat, 26 Mac 2010

Pertunangan Yg Pasti


Dengan Nama ALlah

nie forward email fr sahabiah
tuk renung2gan buat sahabat-sahabat seperjuanagan

sudah banyak kali soklan gurauan ana terima dr sahabiah terutama yang sudah bertunang
" awk nie ble lak ???"

ana akan tersenyum dan akan memberi jawapan yg sama kepada mrk
" tgk lah jodoh.."

Tipu ana tidak berfikir tentang hal nie, tp ana ada tanggungjawab yang ana berpegang, lagipun ana terasa umur ana masih muda, alam rumah tangga bukan semudah yang disangka, bole dikatakan ana belum bersedia ! Walaupun kerap ana dengar sahabat-sahabat yang mengadu tidak boleh lagi bersefahaman dengan bakal mertua atau lebih tepat bakal ibu bapa baru dan keluarga baru. malah ade antara mereka bukan benar-benar memahami baitul muslim idaman ana. ana masih perlu membina sahsiah diri lagi tuk berada di jalan juang ini, terasa diri ini masih daif dan dahagakan masa tuk membentuk dr. ana tidak mahu alasan berumah tangga akan membantut cita-cita ana bersama-sama dalam perjuangan ini. semoga cerpen ini memberi kesedaran bahawa ada pertunangan yang pasti, yang kita perlu fikirkan ...

~"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun
yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya
beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang
diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada.
Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar
berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam
gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di
jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak
juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat
ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di
bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa
melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan
sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku
yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak
sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik
Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap
langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah
yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama...
Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian,
Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku
berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat
kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum,
tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka
pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum
mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam
penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.



"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."



"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian
naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam
Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu
saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah
juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari
bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke
belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku
mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam
al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah
yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.
Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia
menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora
hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini
rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku
masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat
penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara
aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan
Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata
mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan

ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang
berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan
aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap
waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak
lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan
akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih
menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar
aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana
banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu
melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya
sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan
tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung
aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti
orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan
aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.



"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya
tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku

sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan
penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan
terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,
itu sahaja.


..........................
.............


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."



"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.
Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak
menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang
mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa
ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam
rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya
merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang
mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,
yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku
tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau
redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai
sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku
ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang

yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat
pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya
beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku

bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk
'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu

berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap
kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan
satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan
MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku
kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku
bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang
perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah
bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim,
seteguh dan setabah hati seorang ibu."

------
~Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan (riwayat Al-Dailami)~


Khamis, 25 Mac 2010

Ya Ukhti Ya Ukhti Ya Ukhti

Ya Ukhti Ya Ukhti Ya Ukhti

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

Past all the suffering and misery
Never once dreamed I could make it
This life of betrayal and greed
Left brothers like me sick and sedated

Twisted and turned by my demons
Impossible to know right from wrong
Thought your brother would disappear
Forever more would be long and gone

Yet your unexpected arrival did illuminate
This cold and dark world of grime
Through the mist of deception and deceit
Your smile did glow oh sister of mine.

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

People may well forever doubt the pleasure
One smile of yours to me will bring
Know that this brother you did help turn
From a blinded nobody into a something

Unknowingly though it may have been
You brought happiness into my world
Turning the tide of perpetual suffering
With joy and hope it surely swirled

I know you have difficulty to understand
How could I leave you so afar
But I pray these few words help you understand
To me oh my sister how precious you are

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

To understand the path of this brother of yours
Through my eyes try to look at our reality
Check the Shehadat of little Rawan in Gaza
It's your smile on her face that I see so clearly

The people who be so openly our enemies
I know they trying to vie for my precious gem
When I be thinking of my sis noor, god forbid
I know it is my sister being violated by them

You may find it hard for the truth to accept
But know that your bros past be littered with sin
That be one of the reason that for my future
This war we fighting at all costs I must win

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

If it is wished for me to die old and gray
To leave this cold earth whilst relaxing asleep
Then what fate would await a coward like me
Who to his people a promise cannot keep

Tell me the path that I have chosen to work for
Is this in your eyes clearly wrong or right
How would you allow your brother to give up his soul
Without even so much as a hard fight

I may be lost and confused in this whirlwind
But to this cause I will forever stay true
Yet the fact will always remain clear baby girl
I will never love someone the way I love you

For your one drop of tear
This brother abandon all fear
I pray these words you hear
For you I hold death so near

Ya Ukhti
For your one drop of tear
Ya Ukhti
This brother abandon all fear
Ya Ukhti
I pray these words you hear
Ya Ukhti
For you I hold death so near

For your one drop of tear
For your one drop of tear
For your one drop of tear
Know your brother always be near

Ya Rabbul Izzati
Ya Dhull Jalalay wal Ikram
Ya Hayyu Ya Qayyum
Ya Ar rahman Ya Ararheem

Anta Maulan fa Ansurna Alal Kawmil Kafireen
Anta Maulan fa Ansurna Alal Kawmil Kafireen
Anta Maulan fa Ansurna Alal Kawmil Kafireen



it's a long time dat i didn't write, diz is d bes poem i would like to dedicate to all muslim and muslimat...


recentlly, i hv problems to encounter and started afraid to b grown up woman.

a lots of problems always teach me how to be wise, make a good decisions and learn d difference Allah had been created peoples around me. to be afraid is not good, but to face it is the best solutions...


i do need to make decisions dat sometimes make my head like to burst...

sometimes,


i do wat i won't do

i cannot differenciate d difference between it's it is good or not now!



ok...i'm going out now


da


gv me strenght to b a better woman



Khamis, 4 Mac 2010

j.a.l.a.n.j.u.a.n.g


khas tuk sahabat-sahabat perjuangan
bertemu berpisah keranaNya
saya akan merindui ukhwah itu


sabarlah wahai saudaraku
tuk menggapai cita
jalan yang kau tempuh sangat panjang
tak sekadar bongkah batu karang

yakinlah wahai saudaraku
kemenangan kan menjelang
walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
berpadu dengan jiwa rabbani
tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
pastikan azammu semakin meninggi
kejayaan islam bukan sekadar mimpi
namun janji ALlah yang -Haq dan pasti



khas untuk sahabt seperjuangan
mrsm: sofiahzarith,nazirahibrahim,liyanahazwani
matrik:puteriamalina
uitm:sahabatsuraumawar,azilayahya,ismaSAK,aswana,kakain