Ahad, 31 Januari 2010

JgN MaRaH Yer




kes 1 : saya tak kira...saya geram btol la dgn die.ade ke die wat mcm nie kat saya. ape die ingat, jawatan die sebagai ketua, dia ley marah saya sesuka hati.

kes 2: bengong kereta depan tu, brek mengejut, ape nak kena langgar ker

kes 3: ko nie reti x buat kerje nie, kalo xtau, pergi la tanye lecturer. nie buat pandai-pandai jer. ko tau x berapa markah nie tuk kita punya project. aku xkira, aku nak evaluate ko markah rendah

kes 3: abg, mama kata jangan main la laptop mama. mama ade kerja nak buat la. nak kena pukul ea. meh cini, mama pukul.



sahabat- sahabat, ini adalah contoh marah tidak bertempat. marah boleh membuat keadaan menjadi buruk. saya pilih tajuk ini kerana satu hadis yang saya baru belajar:

hadith 16/40
Dr Abu Hurayrah radiyallahu 'anh, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi saw:
Berilah wasiat kepada aku.
Sahut nabi:
Jgnlah engkau marah
kemudian, ia mengualngi beberapa kali.
Sabdanya:
Janganlah engkau marah

(Bukhari)

saya sangat marah hari ini. tetapi saya ingin mengawalnya. kalau saya marah hari ini dekat F, saya akan bermasam muka dengan dia. Saya sangat mudah terasa sebab saya memang mudah terasa. saya geram dan ingin menghentak buku ke atas meja apabila F tidak mahu mengikuti saya sesudah berjanji kerana Kak A ingin membawanya ke maklaml. Saya amat bencikkan janji kosong, sebab ciri-ciri orang munafik adalah tidak menepati janji. punca saya marah adalah kerana saya sudah berjanji dengan Mat Shah untuk membawa saya ke loji memproses gas. untuk masuk loji, saya perlu di bawa oleh operator yang kebanyakkannya adalah lelaki atau jurutera. saya ingin belajar, tetapi saya perlukan teman perempuan supaya saya tidak berdua dengan lelaki, sebab yang ketiga adalah syaitan. apabila F membatalkan janji itu, saya nampak Mat Shah keluar dari kafe. die sudah bersedia membawa saya, tetapi saya masuk bilik Hanafi dan terus mengemas meja dan masuk ke bilik Hambali dan melempar 'safety helmet' . ya saya sedang marah. saya duduk dan berfikir secara positif.

F dalam bahagian 'Utility'
Saya dalam 'Process'

saya mengutamakan kepentingan saya supaya saya dapat turun ke loji bahagian 'Process'.

Td syaitan telah mempengaruhi saya supaya marah. Saya duduk, saya bertenang. baru saya terfikir pada malam ini.

Untuk meredakan marah:
Abu Dzar al-Ghifari :" APabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum hilang maka hendaklah ia berbaring"

Subhanallah...itu adalah benar!!

"bahawa kemarahan itu dr SYAITAN. Dan sesungguhnya SYAITAN DARI API. api hanya dapat dipadam dengan AIR. apabila marah, hendaklah kamu berwudhuk.":Rasulullah saw

Amru bin Al-As berkata:
"Saya bertanya kepada Rasulullah, bagaimanakah cara supaya saya tidak dimurkai Allah?
jawab Rasulullah:
"Jangan marah"

Hukama:
Lebih baik sebuah kapal dipermainkan gelombang hingga hilang pedomanya dari seorang pemarah. sebab walaupun kapal itu telah rosak, orang yang melihatnya masih sayang dan pilu hati. tetapi orang yang marah, bertambah ditolong bertambah berang, bertambah dicegah bertambahlah garang, hingga orang jemu memandangnya

Hendaklah kamu marah???
Ya. Kita perlu marah apabila kristian ingin menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.
Ya. Ketika maksiat berleluasa di depan mata. wanita tidak mahu menutu aurat. kapel common.
Ya.apabila politik kotor.
Ya. wang rakyat tidak diurus dengan baik.
alhamdulillah,selepas tu saya sms Atiqah
" Atiqah, t awak da ciap solat, teman kte g plant tau. Ar da janji nga abang tu, xelok lak die tunggu. T saya cakap nga Bob suh bgtau die kat ner, F xley teman ar sbb die nak g makmal."

Syukran, saya belajar sesuatu hr ini
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memelihara (AL-Hafidz)


Khamis, 28 Januari 2010

ReZeKI

Assalamualaikum..

alhamdulillah, sempat ag tuk saya mghrup udara segar pg nie dan mnikmati nikmat2 yg Allah berikan, msakkan x terhitung nikmat2 Nya. syukur ke atas pemberianNya, kesempatan tuk mendapat connection internet wlau laptop ku under maintenance dkt sahabat.


pg td, sempat membasuh baju coverall dan selimut serta baju2 kotor (xde la kotor sangat pun) sesudah menunaikan tangugjwb sbgai orng Islam tanda syukurku padaNya. dan pg td pun sempat juga saya menyertai aktiviti 'community service' sbgai salah seorang student praktikal kat PGB. sebenarnya saya teringin sangat nak pergi pantai, syukur sangat2 dpt pg sana. wlau sekejap sebab tumpang akak technologist nie. pujuk la die singgah TMC jup sbb nak beli pendrive. wlau harga jauh berbeza dr KL, terpaksa beli jgk sbb pendrive da ilang time g CC kat PAka dulu..


ade la mak cik nie, die join jgk ktowng..die as a cleaner la tmpt ktowng. wlau die nie lawak la sepanjang saya kenal die, tp saya suka die. kalo nak dibanding dgn saya, saya takut bercakap hal agama. diowng msti pk saya nie ntah pe3. satu ag saya ingat setiap kata-kata akan diuji la. saya bukan pendakwah yang baek. tp sesimple mak cik cleaner tu, die ley cakap hal agama. kalo die ley bawak msuk usrah, pasti mengerunkan kate2 die ley wat owng insaf.



ya, saya lupa, tanggungjawab berpesan-pesan kepada kebaikkan dan kesabaran. tanggungjawab yang terpikul atas bahu seorang Islam.


terpikir apa yang mak cik tu cakap. die cakap psl 1)rezeki 2)Jodoh


nak sentuh pasal rezeki dulu. mak cik tu bgtau, rezeki tu da tertulis da tuk kita. byk mana yang kita dapat. saya bg contoh la


A kata die nak g berniaga subuh2 lagi, sbb nak dpat pelanggang yang banyak. A xnak solat subuh sebab takut pelanggang lari.

B nak solat subuh dulu, sebab Allah da bg tanggungjawab sbgai seorng Islam kena solat 5 waktu sehari semalam.


tp at the end, downg nye rezeki sama je, sbb ALlah da tetap banyak mane yg downg dapat ari nie. so, sape yg rugi dan sape yang untung. owng yg solat la untung. rezeki die lg berkat.


bab rezeki berkat nie, saya bc la buku "Tundukkan Hati" karya Tuk Guru+Aiuon (aish..sowi, lupa name full ..hu3). dalam buku tu cakap kalo kte nak tau rezeki tu berkat, kita tengok la pd pengaliran wang kita. kalo x berkat tu, laju jer wang kte mgalir. tut2 dah tinggal RM 30 dalam dompet. Allah yang kurniakan rezeki kat kita, kita usaha, tp atas izin nya. cube la u pk??


ade la C, die keje kat kedai serbaguna. ari-ari amek duit kat kedai tu, p xpnh la saya tgk die kaya raya jgk.


saya nie ley kata kuat makan, coz ble jer sakit ati, sure nak makan. mkn lak bukan maen, mmg mknan xberkhasiat. p ble pk, saya nie mkn sdp2, saya sedar x bgmana saya gunakan rezeki yg Allah berikan??? t semua akan dipersoalkan blk..korng lak caner??? where did u spend ur salary??spa??investment??kids??house??car...how bout orphanage??orng miskin??orng yg keje kat kaki lima kat kerteh??pak cik yg wat boiler kat KCS??renung2kan lah


pastu buku tu cter, zaman nabi dulu, Baginda ikat perut jer tahan lapar. saya time keje, confirm2 nak mengunyah..insaf2, patut la kawan saya tu ari isnin dan khmis berpuasa. kalo kita puasa, kte ingat sikit, bgmana zaman2 nabi dulu. Downg bukan xnak makan sedap2, tp diowng ingat kat rakyat2. bgmana khalifah Umar nak makan roti kasar daraipada roti lembut. hurm..i choose roti boy??


allah mmg bg kat semua orng rezeki. dgn sifat rahman Nya. xkira la u kristian ker, u india ker, u Islam ker. allah xpandang pun brapa u punya gaji, u punya kerabat, u punya harta..p DIa tgk pd u punya iman dan takwa. alangkah rugi nya orang yg mempersiakan hidup nie dgn mengumpul harta bertimbun-timbun, rumah tangga rosak, anak terabai..nauzubillah..



Sabtu, 23 Januari 2010

khas buat sahabat yg dirindui

Inilah Jalannya

Begitu lama ukhuwah kita bertaut atas jalan ini
Sejak bila, pertemuan pertama, dimanapun sudah kabur di ingatan
Sekian lama ikatan kasih ini terjalin
Sekian lama jugalah aku memendam rasa
Agar kita meniti jalan yang sama, jalan yang panjang penuh cabaran
Begitu banyak kini yang kita raih
Begitu banyak jualah yang masih kita tagih
Impian kita akan sentiasa tinggi
Sebagaimana tingginya hakikat keimanan yang haq itu
Impian kita akan sentiasa kita perjuangkan
Sebagaimana tekadnya sang pejuang qital memburu syahid
Impian kita akan sentiasa kita kongsikan
Sebagaimana kita berkongsi makan diwaktu kepayahan
Ayuh kita layangkan pandangan pada impian ini
Tataplah sinar kejayaan yang pasti itu dengan semangat membara
Agar kita bina halatuju ini kepadanya
Yakinlah ia ada dihujung jalan
Suatu jalan yang panjang, payah dan sukar memang pasti
Menuntut kualiti yang bukan calang-calang
Memerah keringat yang tidakkan terdaya
Begitu banyak lompong hari semalam
Apakah kita layak untuk sekalipun duduk atas jalan ini?
Izzahlah dengan apa yang kita kerjakan!
Moga lompong semalam kita isi di waktu mendatang
kerana tiada lompong atas muka bumi melainkan ia akan segera diisi semula
baik dari tanah mahupun sekujur tubuh manusia
Tika jasad-jasad kita tidak lagi bersua
Tika suara kita tidak lagi saling berbicara
Tika ruh kita menghadap yang maha Esa
Menuntut belas kasih dan rahmanNya
“Ya Allah..aku telah meniti jalan keredhaanMu”
Mampukah kita ucapkan yang sedemikian?
Redhakah kita atas apa yang telah kita kerjakan?
Sahabat, Inilah jalannya
Thabatlah, kerana tiada lagi jalan yang lain

Selamat tinggal, salam ukhuwah