Selasa, 30 November 2010

"Yang berdarah dan bersalah"



Dedicated from Liyana Hazwani to dearest Arbanah


mungkin engkau dan mungkin aku…
TUHAN dengan sifat
pemaaf…ampunkanlah bila seseorang itu
bersalah..walaupun yang terluka itu nampak
berdarah, namun yang bersalah juga
parah…Justeru, dengan ampun…yang berdarah
boleh diubat, yang parah boleh dirawat…

Semoga
istana yang dibina diatas sungai airmata
menjadi sampan yang mungkin mampu
menyelamatkan nyawa yang kelemasan…Biarlah
benar bicara seorang teman, jika kita tidak boleh
merasa bahagia, bagaimana kita mahu membantu
insan yang derita…Jadi, jika peluang sahabat kita
bahagia dahulu sebelum kita, dan air mata kita jadi
sungainya, berilah dia laluan…..kerana tiada siapa
yang tahu, suatu waktu nanti mungkin kita juga
perlu mengecap bahagia daripada selautan
airmatanya pula….”"

Ahad, 28 November 2010

Andai Ku Disisi




PadaMu saja ku mengadu resah,
Gelora yang menghempas kalbu,
Terasa berat,
namun apa daya kuluahkan walau sarat,
terasa malu padaMu

Akulah insan sejuta dosa,
Tiada mengenang erti kesalahan,
Berkali-kali terus masih mengulang segala kesalahan,
Meski ku tahu pedihnya,


masihku di sini
teratai nubari
detik nadi bagaikan terhenti
andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu??

Last breath HAFIZ HAMIDUN

Khamis, 25 November 2010

Hairan Sungguh



U-TURN KE JALAN LURUS karya Zul Ramli M.Razali.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan melihat mereka yang yakin kepada hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih istirahat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi masih tenang dengannya.

Aku hairan melihat mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya,

Aku hairan melihat mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan melihat mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih berjinak dengan manusia.

Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.(Petikan Hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).

Selasa, 9 November 2010

..::11 jenis manusia didoakan malaikat::..



Perkongsian dari seorang 'senior' untuk manfaat bersama


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman .
  1. Beriman kpd ALlah
  2. Beriman kpd Rasul
  3. Beriman kpd Malaikat
  4. Beriman kpd Kitab
  5. Beriman kpd Qada' dan Qadar

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


cid:2.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


cid:3.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


cid:4.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


cid:5.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


cid:7.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"




9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


cid:9.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


cid:10.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


cid:11.1586645317@web120714.mail.ne1.yahoo.com

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan.
Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.
Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat.
Amin.


Walahualam


Sabtu, 6 November 2010

Tahap-tahap solatku



Salam alay’kSahabat2, pe khbr iman kte hari nie? Adakah pada puncaknya atau pada titik asalan?, titik terendah di mana pada ketika itu, dosa-pahala tidak dihiraukan seolah-olah dunia yang fana ini akan kekal selamanya tidak ada kehidupan selepas ini. Bukan memaksa anda untuk berada pada tikar sejadah 24 jam,seolah-olah itulah sebenar-benar ibadah walhal setiap perkara baik lakukan dengan In the name of Allah pada lafaz, perbuatan dan fikirannya.Sekecik-kecik anda menyebarkan senyuman sedekah, tidur atau makan! Sungguh senang bukan? Mengapa Islam dikatakan payah? Solat?
Saya tidak pernah buat perkara jahat, saya tidak mencuri, saya tidak mengangu orang lain, saya makan duit gaji halal dari pekerjaan saya, saya hanya tidak solat!
!
Adakah sesenang itu? Mengapa anda solat?
1)Adat orang Melayu, apabila kawan, ibu bapa solat,saya dipaksa solat.
2)Apa yang saya tahu, tu rukun Islam. So saya buat.Saya tak tahu kenapa kena solat, saya solat pada penghujung waktu.
3) Allah telah kurniakan saya bermacam-macam nikmat yang tidak terhitung. Mengapa saya sebagai hambanya tidak pernah bersyukur. Saya lakukan kerana Allah, Yang Maha segala-galanya.
Apakah jawapan anda? Tepuk dada Tanya iman anda? Anda sudah ada jawapan bukan.
Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar
Sesunggunya, solatku, hidupku, matiku hanya padamu Ya Allah

Di mana pula tahap solat anda? Check dan nilaikan dalam diri. Adakah anda solat First Class atau yang lebih buruk dari itu?? Mari betulkan solat kita…
Pertama
Mereka ini tidak solat bahkan tidak tahu hendak solat. Imam Malik berkata, jatuh kafir kepada mereka yang tidak solat tanpa sebab. Imam syafie berkata, jatuh fasik kalau mereka masih yakin solat itu fardu.
Kedua
Mereka mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan masih tidak betul, takllid buta, malah sekadar ikut orang sahaja. Mereka tidak pernah mempelajari solat secara serius. Mereka ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Ketiga
Mereka mempunyai ilmu tentang solat, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia. Jadi mereka ini sekejap bersolat, sekejap tidak solat bergantung kepada hal-hal duniawi (kenduri-kendara, shopping, bekerja, berziarah, bermusafir) mereka ini telah jatuh fasik.
Keempat
Mereka mempunyai ilmu tentang solat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk pada setiap bacaannya. Lafaznya pula banyak yang tidak difahami disebabkan sekadar main hafal sahaja. Ini menyebabkan fikiran mereka tidak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu tetapi pada dunia dan persekitarannya. Mereka seperti ini adalah lalai dalam solat.
Kelima
Mereka memahami setiap bacaan dalam solat tetapi sayangnya masih tidak dapat menghayati setiap maksud solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia disebabkan hanya memahami tetapi tidak menghayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.
Keenam
Mereka ini seringkali bermain tarik tali di dalam solatnya. Sekali sekala mereka khusyuk, sekali sekala mereka lalai pula. Bila teringat allah secara tiba-tiba, mereka insaf dan sedarlah semula mereka. Mereka ini adalah golongan yang lemah jiwa di mana nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalainya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa)
Ketujuh
Mereka ini mengerjakan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Mereka terus istiqamah, hatinya masih dapat memuja Allah di dalam solatnya. Mereka ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
Kelapan
Mereka ini seperti juga golongan ketujuh tetapi mereka mempunyai kelebihan sedikit iaitu dapat menghayati setiap makna bacaan dan pergerakan dalam solat. Tidak terlintas langsung dengan perkara dunia walaupun sedikit. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada setiap gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Muqarrabin (Yang hampir dengan Allah).
Kesembilan
Mereka ini adalah golongan yang tertinggi dari keseluruhan golongan tadi, iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai di dalam solat malahan mereka dapat mempengaruhi di luar solat juga. Mereka yakin solat sebagai punca penyelesaian segala masalah dan menjadi penyejuk hati mereka. Mereka telah ‘mabuk’ dengan solat. Semakin banyak solat, semakin terasa lazatnya. Solatlah cara mereka nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti solat Saidina Ali, beliau tidak sedar panah yang tercapak dibetisnya sedang dicabut. Golongan inilah yang disebut Siddiqin (Yang benar dan haq) (solafus-soleh.blogspot)