Rabu, 26 Mei 2010

Mujahidah

Sungguh terasa terbebeban di hati ini. Memilih sama ada jalan yang ditetapkan Allah ataupun nafsu tanpa menggunakan akal untuk membuat keputusan. Sering kali hati ini mudah berbolak balik memilih yang betul atau tidak.



Saya boleh memilih untuk mengikut hati sahaja. Natijahnya, sudah tentu diketahui. Al maklum sangat banyak pengalamannya. Diri mula tertanya-tanya, sempurnakah solatku ini sehinggakan hati ini mulai lalai. Mudah teringat-ingat kepada si dia dari Sang Pencipta. Walaupun di didik untuk membaca al-Quran dan tafsir supaya hati menjadi tenang, sering kali ayat-ayat Allah jadi penguat diri.

Kekadang hampa datang,Inikah ujianMu ya Allah. Nafsu datang lagi.. mulalah berlengah-lengah solat Subuh. Minggu ini sahaja, sudah mula bermalasan berjemaah Subuh. Solat sunat apakah lagi, mula di tinggal-tinggalkan. Usai subuh, katil menjadi peneman diri lagi, tiada lagi di sisi tazkirah. Supaya tidur lebih baik daripada memikirkan segalanya.



Betul kata Dr Aidh, tiada kerja boleh membunuh hati. Terlalu kosong, tiada berbuat apa. Betapa hebatnya ujianMu ya Allah. Kekadang tak tertanggung lagi. Mudah sahaja hati ini lelah. Persoalan diajukan, bukankah itu tandanya tidak redha?

ya Allah
aku maafkan ibu bapaku
adk-beradikku, sahabatku, jiran tetanggaku
semoga mereka maafkan aku
bukakanlah hati mereka ya Allah

ya Allah,
aku redha terhadap apa yang Kau tetapkan untukku,
aku bersyukur atas pemberianmu..Maka aku tahu Kau akan menggatikan yg lebih baik untukku..

selamat mlm...

Sabtu, 22 Mei 2010

.:: imam muda ::.


Bismillah


hurm, mabruk buat Astro Oasis atas usaha yang tidak pernah puas untuk menerbitkan rancangan televisyen yang bermanfaat. Alhamdulillah, islam nampaknya semakin dekat dengan rakyat Malaysia. Manakan tidak, dari penerbitan lagu-lagu nasyid sebagai hiburan yang diselitkan dengan peringatan, penubuhan radio IKIM, rancangan-rancangan bermanfaat di TV 9, dan sekarang Astro mengambil inisiatif menerbitkan Astro Oasis. Tentu sahabat-sahabat sekarang boleh memilih sama ada memilih yang baik atau tidak bukan?
Saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar menanti program realiti yang julung-julung kali diadakan. Saya tertarik dengan konsep nasib peserta bukan ditentukan oleh penghantaran sms yang merupakan trend realiti tv di Malaysia. Sebaliknya ia lebih kepada mencari imam muda yang benar-benar berbakat, bukan hanya popular di mata penonton.
Sebanyak 10 orang peserta yg terpilih ke peringkat akhir iaitu :


1.Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
2.Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
3.Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
4.Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
5.Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
6.Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
7.Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
8.Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
9.Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
10.Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)

mudir:
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz (mantan imam besar masjid negara)
mursyid:
Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi (Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa)
Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus (penceramah bebas)

so apa tunggu lagi, saksikan kehebatan imam muda ini. Saksikan 24/25 mei ini 6.30 ptng untuk seisi pemilihan...


Semuanya dia Astro Oasis
setiap Jumaat 9 mlm

•Ada tiga golongan orang yang paling menyesal pada hari kiamat : (1) orang yang memiliki budak ketika di dunia, ternyata pada hari kiamat budak tersebut memiliki prestasi amal yang lebih baik darinya, (2) orang yang mempunyai harta tetapi tidak mau bersedekah dengannya sampai ia meninggal dunia, kemudian harta tersebut diwarisi oleh orang yang memanfaatkan harta tersebut untuk bersedekah di jalan Allah, dan (3) orang yang mempunyai ilmu tetapi ia tidak mau mengambil manfaat dari ilmunya, lalu ilmu tersebut diketahui oleh orang lain yang mampu mengambil manfaat darinya.”
(Sufyan bin ‘Uyainah)

Rabu, 19 Mei 2010

Sepasang Jubah (*>*)





“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan,
namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba
memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti
hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk
banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa
yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa
kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan
Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat
sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus
la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul
ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit
sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar
sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan
lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada
menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar
ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang
menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada
menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru
dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal
dengan
upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya
Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu
je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga
saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan
boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang
Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si
sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No
problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin
tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang
Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari
ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak
marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along
tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar
dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan
itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin
kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah
hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang
bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang
dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu
Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu
terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia
merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah
tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa
semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang
selama ini dianggap derhaka.



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .

Ahad, 16 Mei 2010

Di Jalan Dakwah Kami Bernikah








Bismillah
Syukur di beri kesempatan untuk mengenal apa itu BM (Baitul Muslim). Entri kali ini tetiba terfikir sebab saya rindukan Kak Nani (Naqibah di Kerteh). Entahlah, di kampus semua naqibah saya adalah kakak-kakak bujang. Mereka pernah menitik beratkan tentang bm tetapi saya memang tidak memahami dan terkadang konfius + perasaan bercampur baur + tension. Itulah syaitan yang tidak pernah puas memutar belitkan sesuatu perkara yang bermain di fikiran.
Kak Nani sudah berumah tangga, zauj dia bekerja di PCSB. Anak dia 3 orang, semua mujahid-mujahid yang sangat aktif!) Anak dia yang sulung belajar di Sekolah al-Amin (dekat dengan rumah sewa) dan rumahnya di rantau bukit (tempat usrah Kak Yana + maen basketball..he3) dan dia orang Kelantan (kelate mari) sebab tu kot saya rapat dengan dia. Dia berasal dr P.Mas (kg abah), dia pernah duduk di Dungun selama 10 thn. Kak Nani pun kenal ISMA semasa di kampus, banyak persamaan saya dengan dia. Kak Nani pun bawak saya sehingga pergi membeli-belah.Adus..
Kami kenal ketika muqayyam keluarga Terengganu. Sebenarnya orang yang betanggungjawab ke atas saya adalah kak nadia. Kak nadia baru melahirkan mujahid Yusof dan sekarang berada di shah alam bukan di dungun. So kak Nadia transfer saya kat Kak Huda (kak Huda zaujah Akh Syafiq tak dapat hadir sebab bekerja pada weekend) so kak Huda suruh Kak Nani datang amik saya depan PGB. Tunggu punya tunggu (hampir 1 jam) selepas working hour memang menarik perhatian pekerja PGB sebab dak LI buat overtime, barulah kak Nani datang. Perjalanan ke Air Terjun Chemerong memamg jauh, saya kerap tersenguk-senguk di dalam kereta kak Nani (malunya) dan setiap kali pergi program yang jauh-jauh saya mesti tdo...hu2. Saya excited join muqayam (sebab ingatkan antara akhwat jer) tetapi lain pulak jadinya. Muqayam keluarga (so ramai family la yang datang + kanak kanak)..alhamdulillah, nsb baik ada yang akhwat yang masih muda (muda ker...) nanti segan la saya sepanjang program. Dah la bukan lagi dengan sahabat seperjuangan di kampus..hu2..
Saya kerap pergi program dengan dia dan terkadang saya rase macam adik dia pulak dan di mana ada kak nani mesti ada saya, so saya banyak kenal BM jugak semasa naek unser tue. tetapi most program melibatkan family, Tetiba ada saya. Tension jugak, da la budak baru..hu2..Alhamdulillah, saya bole adapt, layan jer anak-anak (kekadang menggangu konsentrasi, di dalam hati ...begini lah anak-anak saya yang akan menjadi ujian bagi saya nanti). So saya banyak belajar pasal bm semasa di isma Terengganu. Boleh kata tak perlu join kursus bm sebab saya sudah melihat dengan mata kepala sendiri. Banyak hikmah yang saya tidak nampak selama ini sebab saya suka melihat dari mendengar!.
" Ya Allah, kau hadirkan di sini adalah merupakkan ketetapanMu"
Syukur..Alhamdulillah
Syukran Ukht Rosanani =)

Jumaat, 14 Mei 2010

Doa Untuk Kekasih




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...



Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...



Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...



Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...



Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu

yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat

membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...


Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Isnin, 10 Mei 2010

Mengapa anda perlu hargai WANITA??



Bismillah


hah??zubaidah nak kahwin, yg mana satu ekh? die x-mrsm Kt lak tue (sebab dia tag nama saya dekat facebook jemputan kahwin bulan 6 nie)..owh zubaidah yang nie ke ? saya rasa dia la yang paling pendiam kot sebab i nearly forgot her name (sowie ekh zubaidah..)..selang 2 hari kot dapat jemputan ag (via fb--->trend ganti kad kahwin).. Sul pon nak tawen bulan 6 gak ker ...alhamdulillah, ramai gak kekawan da tawen (ella+ida +maisarah +azleen)...tahniah..semoga berbahagia sampai akhir hayat...pandulah rumah tangga anda dengan iman yosh..smoga smpai ke syurga~~barakallah (maher zain..suka sangat nyanyi..he3). Hr tue sempat tengok episod Mencari Menantu TV9..besh la jgk..preparation+nervous ..(learn from others mistake ya!)..so saya nak bwkkan satu cter la..esp kat kekawan yang da nak tawen. prepare urself tau..jom...


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la...dah lewat ni, i nak tido lah....." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih....mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni...gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik....owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni....emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali....ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...


Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...


papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..??



Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... well, women understand women better... lelaki-lelaki hargailah emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari... HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!! --



"Ya ALLAH, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu perlukan. Hamba menyerahkan segalanya ke dalam tanganMu."

Rabu, 5 Mei 2010

SIAPAKAH AYAH DAN IBU MEREKA?

Siap dengan ubat semut + gunting, ditanam belakang kilang Prai Tengah



Pantai Kg. Chendering, Dungun (student UiTm Dungun)



Jalan Asby, Ipoh 30/12


Tanah Perkuburan Islam, Senawang, Seremban 30/3



Segamat, Johor 1/3




sepang 4/5





bISMIllaH


Geram, itulah perasaan saya apabila melihat bayi-bayi yang tidak berdosa ini dibuang begitu sahaja. Patungkah mereka? Bukankah dia manusia, sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Apakah mereka tidak pernah fikirkan dosa lagi ? Inilah akibat perbuatan yang tidak mengikut ketetapan Allah.



" Tidak patut bagi muslimin muslimat apabila Allah dan rusulnya menetapkan sesuatu, ada pilihan lain bagi urusan mereka, al-ahzab: 36"


Bukankah Allah melarang kamu menghampiri zina?, Bukankah Allah melarang ?


Yang bertambah geram di hati ini ia melibatkan student-student yang memang sah bijak pandai sehingga anda layak bergelar status siswa-siswi.Persoalannya pemuda-pemudi inilah yang akan memegang tampuk kepimpinan negara. Bagaimana masa depan sebuah negara kalau ini adalah pemuda-pemudi harapan bangsa.


Bermula dari larangan Allah supaya jangan menghampiri zina. Salah satu perkara yang sentiasa di sentuh adalah "Jangan bercouple ". Mereka yang terlibat dengan aktiviti "Mencegah kapel di UITM Shah Alam di maki walhal mereka cuba mengajak kepada kebaikan.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat) Allah dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-a'raaf: 179)


======Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, dosa yang aku sengajakan atau tidak=========






wahai diri

Satu peringatan...

Ya ALlah terImaLah TauBatKu..




Gratisan Musik