Selasa, 1 Jun 2010

Soleh Diri, Soleh Masyarakat



“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. Al-Hajj: 77)

Bismillahirahmannirahim

Ayat di atas membawa maksud yang sangat mendalam. Saya tertarik bagaimana Allah memerintahkan supaya orang-orang yang beriman supaya sujud, rukuk dan sembahlah tuhanmu dan kemudiannya supaya berbuat kebajikkan supaya kita mendapat kemenangan.

Di sinilah soleh diri diutamakan di mana Allah mengutamakan sujud, rukuk dan sembahlah tuhanmu dahulu. Sujud, rukuk dan menyembah Allah adalah tampak jelas dengan tuntutan supaya mengerjakan solat di mana pada masa inilah hati-hati di bina supaya takut dan cintakan Allah semata-mata supaya apa sahaja amal ibadah seperti gerakkan dakwah dapat dijalankan. Apabila fikiran di penuhi dengan ingatan kepada Allah, maka segala perbuatan mula di niatkan sebagai amal ibadah walhal dengan mengalihkan batang pokok di jalanan mendapat pahala.

Apabila manusia mula berfikir beribadah adalah berada di tikar sembahyang, mengaji al-Quran,puasa, amalan sunat dan berdoa. Apakah segala amalan lain di lakukkan untuk kepuasan diri semata-mata. Saya amat takut apabila timbul saat-saat amalan saya adalah tidak bertunjangkan kepada Allah termasuklah facebooking yang menjadi trend sekarang. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang menjadikan facebook sebagai tempat dakwah, penuh dengan peringatan termasuklah penyebaran gambar-gambar, video-video dakwah. Apabila semua amalan menjadi ibadah sudah pasti kemenangan menjadi milik kita dan kemanisan pasti dapat di rasai.

Apabila sahabat-sahabat meletakkan hablun mina nas pada paksi- x dan hablun mina Allah pada paksi-y dan menjadikan kecerunan 90 degree, sudah pasti menjamin kekukuhan yang membawa kepadaNya di samping dapat menghidupkan masyarakat yang harmoni tanpa masalah-masalah sosial. Kerap kesalahan di lakukan sahabat dakwah yang hanya mengutamakn dakwah sesama sendiri daripada berusaha mendekatkan diri kepada masyarakat seperti program bersama-sama masyarakat.

Saya akui bersahabat dengan sahabat yang membawa dakwah dari versi yang berbeza. Sering kali apabila di ajukan persoalan tentang program mereka, mereka cuba sedaya upaya menutup seperti seolah-olah itu adalah rahsia. Sekiranya mereka yang bukan berada dalam dakwah berminat tetapi tersekat dengan rahsia anda, bagaimana Islam itu bole dirasakan aman. Mahupun tazkirah yang mereka sertai seolah-olah untuk mereka sahaja, walhal apa salah nya mengajak. Bukankah pahala akan menjadi milik anda?

Terdapat satu kisah yang menjadi ingatan bagi saya di mana seorang wanita soleh diri ini dalam solat, puasa dan ibadahnya yang sangat mengkagumkan tetapi menjadi penghuni neraka. Kenapa? ternyata soleh diri tidak menjamin syurga apabila tidak mampu menjaga lisannya dan sering melukai orang lain.

Soleh diri + soleh masyarakat = syurga dapat dicapai sekiranya solat malam dan infak di jalan Allah.

“Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” (QS. Adz-Dzariyat : 16-19)

Paling sedikit orang yang dapat bagun tepat 3.00 am kerana cintakanNya lebih dari segala-galanya. (termasuk diri ini). Ini lah yang sangat-sangat di tuntut.


sebagai konklusi, betapa ramai orang yang dapat menjadi soleh diri dan soleh masyarakatnya. Hanya yang ada soleh diri dan apabila berada dalam masyarakat, tidak mampu dan tenggelam di tengah-tegah mereka.

(Allahu alam)