Jumaat, 29 Oktober 2010

izni blaja blog



izni comelllll duk suh ajar wat blog, bukan nak blajar pun..he2
buat
(izni my twin on burfay jah...he3)

Izni sibuk nak blaja blog..

Nie tgh ajar die


Khamis, 28 Oktober 2010

Checklist Kami



1. Sentiasa Berada di dalam rumah melainkan ada urusan yang diharuskan oleh syarak serta mendapat izin daripada orang yang berhak ke atasnya (suami atau ibubapa)

2. Mengutamakan kerja rumah lebih daripada tugas-tugas lain.

3. Menjaga maruah dan kehormatan diri.

4. Jika hendaklah keluar rumah:
- Hendaklah meminta izin ibubapa atau penjaga
- Kerana urusan yang diharuskan oleh syariat
- Berpakaian sopan, tidak menjolok mata
- Tanpa memakai bau-bauan
- Tidak ke tempat yang menimbulkan fitna
- Mesti berteman seorang muhrim
- Berjalan dengan kepala yang tertunduk
- Tidak memberi salam kepada lelaki bukan muhrim
- Banyakkan istighfar sehingga pulang ke rumah

5. Jangan kerap bertandang ke rumah jiran melainkan ada keperluan.

6. Sentiasa menunaikan tanggungjawab agama.

7. Sentiasa merenung keiban diri dan menjauhi mengumpat.

8. Menjaga pandangan dan tidak melihat yang diharapkan.

9. Banyak berzikir, membaca alQuran, puasa dan solat sunat.

10. Sentiasa berusaha mendalami ilmu terutama ilmu fardhu ain
Urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

11. Mengekalkan sifat malu, kurang ketawa, banyak bersabar dan
bersyukur kepada Allah.

12. Tidak bergaul bebas dan berkahlwat dengan lelaki bukan muhrim.

13. Tidak berpakaian menyerupai lelaki.

14. Menghormati ibubapa

15. Tidak berlakuan yang boleh menawan hati lelaki.

16. Tidak bergaul dengan wanita yang fasiq.

17. Menjaga kesihatan diri.

Allah will



Salam alay’k

Guys how did u do today? Before I end up my day here (at my own faculty!! UiTM di hatiKUUUU) I hope diz is d good day. D happiest day (even in d morning I felt not good when d lab was still locked…huhu) but sumthing Allah want to tease us whether we’re patient, Redha and grateful. Wif Inallah ha maasobirin, I let’s my mind rest first, jotted wat going to happen during experiment. Ok, I did a mistake (mistake repeated unforgiving) but I notice it before things going further because Allah show me, I believe dat capability of someone to finish master on time is not her/his decision but Allah will. I remember during undergraduate, one of my beloved lecturer said to us. There are challenges during ur journey to obtain PHD (((..wink2…dream to be a doctor last time…Dr. Arbanah Muhammad…amin))), some of them divorce, and some of them have financial problems, lost all the data from the start to the end at the day they suppose to submit their thesis. I thought it is during PHD, but I experience during my master also. Can u imagine that when u’re at home be “penanam anggur”, ur neighbor asking ur parents “Did kak r got a job offer?”. Abah once utter to me “Tulah..amik ngat chemical engineering baik amik cikgu” when I’m hoping to have a job offer. Even the last time he did ask me “nanti keje kilang ker jurutera kimia nie?” he even hopes I work at PETRONAS (prestigious Malaysia oil and Gas Company). A lot of things to explain those things here about chemical engineering. but the things is, Allah let me be here, because Allah know my capabilities, my interest...how i'm going to build good Muslim in every ENgineer in Malaysia. But things going well, if u did discuss things to ur click. I’m happy dat’s I got an idea how to solve my problems. How? It is easy, by asking. During discussing, the idea comes..ooo…Allah..how nice U’re to me…AlHAMDULILLAH. Actually something good happen to me….pray for my successes. If I got it, I’m confirmCONFIRM to be a lecturer at PAHANG…Ya Allah…please guide me,,,,,


Rabu, 27 Oktober 2010

owh so muslim




Salam alay'k

guys !! Good morning and have a good day today..let it be d day better than before..ok? Good muslim must be good in everything right? she/he should taking care of their appearance, cleanliness, relationship with others and many more...she must be the top among others especially nonmuslim..okay? i bet u are..so i want to share sumthing interesting today...i found a good website that u mustmustmust take a visit kay? http://www.owhsomuslim.com/

hope we'll get benefit and let's be a GOOD MUSLIM kay!!!

Selasa, 26 Oktober 2010

cOnstant Change



Jangan bersedih atas pekerjaan yang anda belum selesaikan, sessungguhnya pekerjaan orang-orang yang besar itu tidak habisnya.

Ya Allah give me guidance in everything I do

Salam alay’k

sEdih! meManG seDIH, if u hope for something to be good sumthing u need to be patient wif them, rite?? Dat’s wat I felt for d moments. I had growth something, so that it will help me back in the future (it require 10 days based). Unfortunately, they cannot help me..d rslt is unsatisfied. Dat’s wat experiment called. How I can get d result bfr 9/11??? To show d capabilities of inexperience student in research area; before I’m going bck for 10 days next 2 week for celebrating Hari Raya Aidil adha (let’s my sisters fell jealous wif me, dat’s what we call student. A lot of holiday..rite?U will surprise if u got call from ur lecturer asking u to go back to campus, dat’s happen to me last Hari Raya Aidilfitri.)

Can u imagine d time I need to spend

7 day’s-culturing micro

10 day’s – sub-culture in malt extract

2 day’s – treatment…I need 2 hrs, back forth to have d results (it include graph, table in the plain paper)

So d total days I have19 days

today is 27/10…to 8/11 is 11 days. The lab is closed on weekend unless I got permissions from seniors (wish to be senior to have d main priority…wink..wink..Pray a lots now..Attention: d seniors are boys, u are alone again…wish to have someone accompany me…a totallt lost girl in her own faculty)

u’ll surprise if I say diz things. I have problems using instrumentation, I don’t know how to measure COD, Turbidity, color (last time a senior show me how to use pH meter…haha, failed!@!!) ..how leceh all diz thing. I wish to work now…(muka kesian =(

moral of the story:

learn a lot : Hadith:

Ibn Majah reported this Hadith as follows: Anas Ibn Maalik reported, the
Messenger of Allah (SAAW) said:

“Seeking knowledge is incumbent on every Muslim; he who offers knowledge to
those who do not appreciate it, is like the one who decorates pigs with
precious stones, pearls and gold”


Jabir Ibn ‘Abd Allah narrated, the Messenger of Allah (SAAW) said:

“People are of different substances, the best of them in the Jahiliyah (A
state of ignorance), are the best in Islam, if they gain ‘ilm (knowledge).”

(Ahmad Ibn Hanbal)

PrayPRAYpray!

Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan


Kuku ku kuku kau



Salam alay'k

Ape khbr hari nie? moga-moga sihat selalu. Bila sakit, mulalah ingat nikmat Allah kan. kalo sihat, confirm ley focus dengan kerja. Maklumlah, tadi terpaksa balik umah sewa awal sebab perut cram. After lunch dengan nadia and izni perut sakit ngat2...suspect kena masuk toilet. Tp hampeh!. Lastly, keluar dari lab. Xbagus jugak. Since xley jalan langsung, solusi pergi surau tidur. Kalau orang lain sakit, leh tdo. Tp I plak laen, time-time nie la bley lena tdo (maklum sensitif pada bunyi+cahaya ketika tdo....mrh orng gangu tido!!!! bcos diz is the only time I can rest my mind wif all d hard work), lena bukan main. Balik lab, kawan tanye pergi mana. Dah tau jawapan dengan muka sembap+menahan kesakitan..BETTER GO HOME THAN NEVER!!
Diz is not d main story k!. Actually, i prefer kuku pendek than panjang. rimas+rasa kotor ngat, especially kita umat Islam suka makan dengan tangan kan? pagi tadi sempat potong kuku, ingat dulu-dulu pernah dengar period u xley potong kuku. p ada perbahasan hal nie. Actually, nak share pasal potong kuku la. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam.



Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku tangan dan kaki adalah termasuk dalam amalan sunat bagi lelaki dan perempuan.Hikmahnya ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. Selain daripada itu, jika kuku pula dibiarkan panjang dan segala kotoran melekat di dalamnya, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Cara Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Setelah selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut.Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum solat Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at. Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.


Menanam Potongan Kuku
Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam, kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.


Guys?? dah faham, xphm tanye UStaz and Ustazah tau.

Source: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.


" Sampaikan walau sepotong ayat"


Nukilan,

Arbanah

Jumaat, 15 Oktober 2010

Seorang ibu, bakal ibu kena baca


Assalamualaikum ,

(tertarik dengan artikel yang dicopy paste)

Sampaikan walau satu ayat

Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.

Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ....

  • ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata

Ø Membaca quran sehingga menitis air mata

Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

(Ya Allah, ampunkan dosaku, sesungguhnya layakkah untukku??)

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!

Ø Anak

Ø Ibu

Ø Suami Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

Ø Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah .Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah

Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”

Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan Ø Symptom dah terkena saka v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena v Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar v Susah nak dapat anak, senang gugur v Ada rasa kelibat orang lalu v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan. Kak Has, kalau ada yg kurang atau tersilap sila betulkan untuk tatapan pembaca email kita ni ye. Nasha ni type apa yang ingat je ni.

~copy paste dprg seorg shbt~


Rabu, 13 Oktober 2010

Kalaulah saya tidak...

cinta ku pada gambar-gambar yang indah


Salam

Dah lama tidak mengupdate blog. Tetiba rasa nak menulis satu benda yang saya tidak suka dengar atau berbicara, soal Cinta. Fobia? bukan sesuatu yang dianggap fobia, tetapi alergik. Tidak suka. FULL STOP. Masalah remaja hari nie, bukan soal siapa berani nak berjihad (sampaikan kalau dahulu timbul soal munafik), masalah cinta pun tak berkesudahan. Masakan tidak, ketika mata nak terkatup (hobi saya sekarang tidur di ruang tamu supaya mudah tersedar pagi, kalau x confirm tak bagun kalau orang tak kejutkan... attention: ruang tamu tempat orang berkumpul dan bercakap), tetiba kawan mula mengutarakan perosoalan..
" kenapa kak ar, dia buat camtu? xphm aku..kenapa dia?"
" ala, ignore jer. wat xtau"
" aku malas nak pk da"" mesti sayang dia lagi kan?"
" impossible nak lupakan!, aku pernah sayang dia"
" hurm..."

cerita bersambung tentang bagaimana bermula, kawan baik jahat,....Biasalah sembang kosong.

sembang camni kan bagus (teringat time kat Kerteh)






pagi tadi timbul pulak persoalan kawan lain ketika breakfast nasi lemak+nescafe (mengantuk btol hari nie)

" ar, sebenarnya kan. AKu terasa dengan bf aku"

(usah cerita panjang kat cini)


Tetiba timbul soal, kalaulah saya tidak??. Usah biarkan diri anda bermain perasan, masakan Allah menguji kita sekiranya kita tidak mampu. Sebab ujian itu kita menjadi seorang yang lebih berhati-hati, boleh menilai yang mana baik atau buruk.

Lupakan segala-galanya,
taubat lah sebenar-benar taubat,
Istikarahlah sebelum terlambat,
Bermunajatlah,percayalah,
perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik,
Usah fikirkan soal cinta, kerana telah tertulis untuk kita siapa jodoh kita,
Berpenat lelah lah memikirkan apakan amalanku diterima
Apakah syurga yang mengalir air dibawahnya milik kita, atau nera
Bagaimana cara kita mati, baik kah?
Sudahkan kita berjaya membanggakan dan menggembirakan abi dan ummi????






nak mendapat hasanah di dunia dan akhirat
buat umi and abah, cintaku hanya padamu selepas allah dan rasul









arbanah, zohor da masuk, sila solat. moga diberi ketenangan setelah dihentam senior, katanya kenapa blum sambung lab??tension-tension (kena ciapkan literature review-susah kalo orang take care, tp bagus..bagi cabaran)

hantaran al-Quran



Salam
ana nak share sesuatu yang menarik, buat ana tergelak-gelak. Tetapi semoga dapat jadikan pengajaran buat kawan-kawan yang nak buat al-Quran sebagai hantaran.

HANTARAN ALQURAN!!

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...fikir2kan..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.




'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Arbanah