Selasa, 1 September 2009

ramadhan karim

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan buat ana mencoret sesuatu di blog ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan kpd ana untuk menikmati nikmat-nikmat Allah pada bulan Ramadhan ini. Hari ini sudah hr ke tujuh kte pd bulan Ramadhan, tp sedarkah kte berapa byk kte telah mengutip sebanyak-banyak peluang untuk top-up amalan kte dan mengharapkan maghfirah dr Allah atau kita sekadar berlebih-lebihan menikmati juadah berbuka seolah-olah puasa itu sekadar Manahan lapar dan dahaga. Rugilah orang-orang yang berpuasa apabila tiada perubahan dalam diri dan semakin banyak pulak maksiatnya. Contohnya mahasiswa/I islam berpuasa dan menahan lapar dan dahaga tetapi berbuka puasa bersama-sama, berpegang tangan tanpa segan silu di bazar Ramadhan, bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan mengumpat,menipu lecturer dgn menandatangani untuk kwn yang tidak hadir ke kelas.Nauzubillah…

“Ya Allah,sesungguhnya hambamu ini lemah. Dengan hidayah mu aku di sini. Ya Allah jauhkan aku dari perkara yang aku benci, jadikan aku dalam lindungi rahmat-Mu”

Untunglah pada bulan Ramadhan sahabat-sahabat full time solat fardhu jemaah, bersolat terawih 20 rakaat, mengalunkan kalimah-kalimah Allah, bertadarus, bersedekah, membuat perkara yang berfaedah seperti buat Final Year Project niat kerana mencari keagungan Allah dalam IlmuNya, mentebarkan salam, jamaie iftar, mendengar radio IKIM. Di mana pilihan anda? Tepuk dada Tanya iman.

Br pulang dr buat program promotion faculty chemical engineering kt my x-KMK. Banyak perubahan, tp itulah yang akan berlaku seiring masa. Mengimbau kembali saat-saat indah di sana. Terlalu nastolgia. Tapi yang pasti ana kepenatan yang amat sangat lantaran jadual full dengan aktiviti berbuka puasa di kuala perlis, membeli belah di Padang Besar (don’t surprise, ana xpernah jejak ke sana sepanjang berada di Kedah). Yang menyedihkan, kawan-kawan secourse ana, 2 owng lelaki tidak berpuasa. Apakah dosa dan pahala di pandang ringan sekarang?

Asif buat sahabat-sahabat ana yang dirindui (Ina, Yana, Masniza, Anis, Ila) kerana terlalu menyibukkan diri. Final year student menguji tahap tension ana. Contribution ana untuk SMF adalah limited, menyiapkan project ethics dan assignments mahupun study vry hard for Law and Account,last but not least design project 2. Alhamdulillah salah satu impian ana telah tercapai. Sangat gembira apabila mendapat panggilan telepon sehinggakan menitis air mata kegembiraan walaupun ana bakal berhadap dengan mslh. Semoga Allah permudahkan.amin (*-*). Sahabat-sahabat doakan ana…


syukran yang wish ana ramadhan,asif jrng online

Tiada ulasan: