Isnin, 28 September 2009

(~-~)


alhamdulillah, Allah msh memberi peluang tuk ana menikmati nikmat-nikmat yang tak terhitung. pg td, sempat ana bersahur n memaksa dr makan sekeping roti gardenia wholegrain dan dicicah dengan air milo panas, dan sebiji kurma lebihan ramadhan. walaupun mata nie sayu memandang bantal terasa nikmat tido di pagi hari walaupun mata tidak mengantuk lantaran tido terlalu awal kerana mood telah kehilangan. beginilah nikmat kekuatan yang Allah tarik dari ana kerana die lebih berhak ke atas ana dari segalanya. ana gagahi jua bangkit dari katil empuk sambil memandang teman sebilik yang lena lantaran kelewatan tido.

lantas, berus gigi disambar dengan malas menuju ke bilik air kolej mawar. memberus gigi sambil memandang cermin dan menguatkan hati ini terus membasahi anggota wudhuk. alhamdulillah, sabar datang lagi. ingatkan diri dengan ayat-ayat Allah bahawa Allah itu sentiasa bersama orang yang sabar dan mendirikan solat. mendapat msg seawal 5 pagi dr junior mengingatkan ana tentang lukisan autocad membuat ana lebih bersemangat menyiapkan design project yang tidak pernah puas disentuh.

inilah hati-hati apabila nikmat-nikmat ditarik. terasa diri ini kerdil dan dosa-dosa yang tersembunyi yang tidak disedari mengangu lagi kekuatan dalaman. masihkan ade peluang untukku berada bersama-sama orang beriman?..sesudah al-mathurat dan surah-surah al-quran mendidik hati, ana bingkas bangun dari katil mendudukki kerusi biru plastik yang tidak disentuh dua hari setelah kembalinya ke UITM.
baru ana terfikir, semalam ana mengutamakan keluar bersama kawan-kawan untuk berbuka di seksyen 2 dan solat dengan telekong yang busuk daripada berbuka di bilik dan terus ke surau sebenarnya bukanlah jalan terbaik!..beginilah lemahnya iman ana.
nota-nota akaun dibaca dan terpikir-pikir patutkah ana berada di fakulti.ya, itu terbaik buat ana.kawan-kawan sefakulti akan memberi semangat untuk ana lebih fokus kepada diri ana, masa depan ana.

ya disinilah ana, mata terasa ingin tertutup, tetapi Hani di tepi tidak putus-putus bercakap supaya ana tidak tdo.syukur hani..ana ada idea, papan keybord ini disentuh dan terhasillah catatan ini dan bermulalah sambungan design project ana...(*-*)


"ya Allah, tuhan pemilik hati ini..ampuni dosa-dosaku dan dosa orang yang melukakkan ku , dosa yang Kau telah sembunyikan atau Kau nyatakan. berikanlah kekuatan hati ini sebagaimana Kau bagi kekuatan kepada para ambiyak. jdkan aku orang-orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu bukannya orang yang kufur. jgnlah kau palingkan hati ini setelah Kau memberi hidayah kepadaku, jadikan aku orang-orang yang sabar.." amin.

Tiada ulasan: