Ahad, 18 April 2010

MENCARI-CARI







Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:



“ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”



















Cuba anda teka, apakah yang sedang saya buat sekarang?? sebagai seorang pelajar berstatus 'final year student' sudah tentu jawapannya adalah saya sedang MENCARI pekerjaan. Seringkali isu ini menjadi tajuk utama saya sejak dua menjak ini. Mungkin naik bosan jugak mendengar saya bercakap hal nie. Ke mana-mana. Sebab saya tahu, inilah jalan yang penuh dengan cabaran di mana saya bertanggungjawab ke atas hidup saya selepas ini.





Seringkali saya tercari-cari diri saya. Adakah ini jalan yang dipilih. Ya ini adalah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk saya. Kadang - kadang menjelma di hati, alangkah bestnya dapat mendidik, dalam erti kata lain memilih untuk menjadi seorang guru, memiliki sebuah Pusat Jagaan Anak-Anak, berniaga, membuka pusat bimbingan akidah dan sebagainya. Tetapi alasan yang digunakan saya..saya graduate daripada course yang sangat susah (untuk diri saya sahaja) dan saya mengharunginya jugak walaupun kekadang terasa pahitnya atau otak sudah jem untuk berfikir pasal engineering! Semasa menghantar report, sempat juga berjumpa 2, 3 orang lecturers dan kawan-kawan satu course. sempat diskusi dengan salah seorang lecturer yang sanggup memberi tajuk propasal. tetapi dalam hati...i'm sick of chemical engineering!..walaupun berpura-pura untuk menghubungi lecturer itu untuk sambung master! Seorang senior yang berjaya meyambung PHD without melalui master menyuruh kami meyambung master. Die sekarang masih UITM DI HATIKU!.



















Bagaimana pula apabila saya berkeluarga? Siapakah yang akan menjaga anak saya ? Itu menjadi persoalan saya apabila saya bekerja nanti. Sekarang bukan menjadi isu dengan terbinanya Pusat Jagaan Kanak-Kanak bagaikan tumbuh selepas hujan. Isu sekarang adalah adakah saya mampu menjadi ibu mithali atau isteri yang akan taatkan suami. Isteri yang mampu menjaga keluarga di samping membina kerjaya sendiri yang cemerlang.








Bagaimana pula isu dakwah saya?? Adakah saya mampu untuk istiqamah?? Adakah company yang saya pilih menjaga akidah dan akhlak Islam. Salah seorang sahabat saya, menjalani praktikal di sebuah syarikat design heat exchanger di Kuantan memberitahu saya company tu tidak menggalakkan die untuk memakai tudung labuh. Saya terkejut dengan tindakan dia membuang stoking dan tudung labuhnya untuk memenuhi kriteria syarikat tersebut. Adakah mampu untuk saya hadapi ketika itu? bolehkah pada ketika itu saya berkata.....








" i'm practise muslim ! "








Hidup bekerja yang penuh cabaran. Tuntutan memenuhi janji klien sekiranya consultant company. Turun ke site dengan tidak mematuhi aurat wanita Islam. Bergaul dan berkominikasi dengan lelaki bukan mahram tanpa ada segan silu. Memenuhi tuntutan kerja dengan mengabaikan perkara yang akan mula-mula dipersoalkan seperti solat dan mampu melakukkan di awal waktu. Tidak sempat menghadiri program jemaah sebab tuntutan kerja 24 hours. Qiam mula terabai dengan tuntutan menjaga hal rumah tangga. Anak-anak usrah terabai. Hati menjadi lalai. Adakah pada ketika itu suami akan merelakan untuk saya menghadiri usrah dengan membiarkan anak + suami di rumah. Adakah pada ketika itu rumah dalam keadaan teratur.???








" Adakah saya mampu ketika itu, untuk berdiri dan mengikat janji-janji dengan Allah"








Apakah mungkin pada ketika itu saya berkata








" i'm doing diz because of U, Allah"








Hakikat sebenarnya kita ini AMAT LEMAH. Mohonlah pada ALLAH s.w.t sesungguhnya semua ini kerja ALLAH s.w.t. Soalan pada “Kemana Kita ?” Jawapannya ialah kita ini sedang menuju kepada satu Alam Yang Kekal di mana keadaannya bergantung apa yang kita perbuat sekarang. Jika baik sekarang maka baiklah akhirnya. Dan semua itu adalah atas IHSAN Allah semata-mata. Yang penting kita hayati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan dan sentiasa berharap pada Allah s.w.t.Hakikat sebenarnya kita ini AMAT LEMAH. Mohonlah pada ALLAH s.w.t sesungguhnya semua ini kerja ALLAH s.w.t. Soalan pada “Kemana Kita ?” Jawapannya ialah kita ini sedang menuju kepada satu Alam Yang Kekal di mana keadaannya bergantu apa yang kita perbuat sekarang. Jika baik sekarang maka baiklah akhirnya. Dan semua itu adalah atas IHSAN Allah semata-mata. Yang penting kita hayati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan dan sentiasa berharap pada Allah s.w.t.




















Sesungguhnya solatku, hidupku hanya untukmu ya Allah








Tiada ulasan: