Khamis, 2 Julai 2009

HURM...ME,U,THEY?




Anda baca novel?

Adakah buku merupakan teman jika bosan?

Adakah anda sukakan keindahan Islam?




Jika jawapan anda adalah ya jum baca satu catatan menarik. Ana tertarik dengan tajuk sebuah buku karya Fatimah Shahra iaitu Pemilik Cintaku. Ia bukan sekadar novel cinta yang kadangkala adalah imiginasi penulis semata-mata yang tidak pernah wujud dalam kehidupan sebenar. ana bukanlah di kalangan remaja penggemar novel. Tetapi Tautan Hati (sahabiah-sahabiah cuba baca,membina jiwa) merubah tanggapan ana terhadap novel!). Ia adalah satu transformasi dalam bidang penulisan novel di Malaysia, walaupun Indonesia sudah jauh dalam bidang penulisan novel pembangunan jiwa. Buat pertama kalinya ana mula tertarik dengan novel ini.

Syukran Lily! What a great novel I had.


Setiap helian buku adalah bermanfaat buat ana. Terasa seolah berada dalam suasana novel tersebut. Ana boleh imagine kerana suasana itu adalah biasa.









Kalau nak tau best ke x, cubalah. Tak rugi!

Pemilik Cintaku (karya Fatimah Syahra –RM12), catatan yang di cadangkan Yana kepada Ina adalah suatu catatan terbaik untuk orang-orang yang dilamun cinta, orang yang bakal berumah tangga dan juga untuk ibu bapa. Ternyata kedai buku ana dan Ina pergi hanya terdapat satu buah buku itu sahaja. Walaupun ana berjaya menjumpai buku tersebut, namun Ina layak untuk mendapatkan buku tersebut. Pada pandangan ana, ina bakal membina bait muslim dalam masa terdekat ini. Jadi dia perlukan buku tersebut. Ana ingat, bila balik umah, ana boleh mendapatkan buku tersebut. Ternyata buku tersebut juga sudah habis dan tempahan tidak dapat diterima kerana kehabisan stok.

Alhamdulillah…Mungkin rezeki ana lain kali (*-*)

Qaniah, si isteri adalah seorang yang terdidik dengan akhlak Islamiah. Dia di uji dengan cinta lelaki yang mula mengoyahkan hatinya. Namun dengan iman di dada, ditetapkan hatinya, di beri kekuatan oleh Allah supaya tidak terpedaya dengan pujuk rayu syaitan. Walaupun rijal yang cuba mendakati beliau adalah bukan calang-calang orangnya; seorang presiden persatuan Islam universiti beliau dan juga bekas pelajar sekolah beliau. Semuanya ditolak setelah Istikarah mengiringi setiap keputusan beliau. Sehinggalah mendapat petunjuk ar-rijal yang bijak, cuba mendekati ibu-bapa Qaniah terlebih dahulu.

Kurniakan Ya Allah ar-rijal seperti ini buat ana.

Ar-rijal pilihan Qaniah sangat menjaga Islamnya. Walaupun telah diikat dengan pertunangan, ar-rijal ini tidak pernah menghubungi Qaniah. Semuanya urusan adalah melalui ibu bapa. Cinta tunangnya adalah kerana Allah, semuanya telah diserah sepenuhnya kepada Allah.

Sehinggalah Qaniah mendirikan rumah tangga. Subhanallah, cinta yang diredhai Allah yang penuh keberkatan. Akhlak mulia yang ade pada suami Qaniah sangat mengangumkan. Tidak pernah terfikir di hati ana masih adakah suami yang menjadikan Rasulullah ikutan sebagai seorang suami yang baik. Bait muslim yang dipenuhi dengan mengingati Allah. Bacalah kalau nak tahu lanjut. He2. Rugi tau!

Malam Isnin ana dah nak balik ke Shah Alam. Hati ini sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang. Ana akan merindui perangai adik-adik ana yang bermacam. Umi pasti merindui ana untuk dijadikan teman berbual dia. Ana akan merindui solat jemaah bersama keluarga. Tiada lagi makanan yang di masak sendiri. Sesungguhnya pemergiaan ana merupakan suatu perjuangan yang masih belum selesai, untuk mengengam segulung ijazah seterusnya berbakti kepada keluarga dan juga Islam. Ana sudah merasai suasana belajar, yang penuh dengan tekanan supaya kita menjadi terbaik. Menyiapkan assignment, menyiapkan mechanical design of our plant berserta report, handle dinner terakhir untuk batch ana (hu2,kawan-kawan tiba masanya kita berpisah),mungkin cuba sebaik mungkin untuk menghargai kawan-kawan sekeliling (ana busy sehinggakan tidak menjenguk kawan dan tiada lagi makan bersama-sama even jemaah tidak sempat!) dan pastinya mendapatkan result terbaik untuk tests mahupun final exam.






Tiada ulasan: