Ingin ana menceritakan bagaimana tarbiyah daripada dakwah berkesan ke atas ana. Ana tergolong daripada keberkesanan tarbiyah setelah memasuki MRSM KT di mana ukhwah di sana sangat kuat. Ana bersyukur di beri kesempatan merasai kemanisan dakwah-dakwah di sana. Allah maha kuasa, tidak terfikir di hati ana untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh (kerana takutkan hantu-hantu, kisah-kisah dr kakak ana yang pernah berada di Naim Lilbanat dan SM Sains Dungun dan m*!). ana bersyukur kerana
sahabat-sahabat ana adalah dari sekolah-sekolah agama Faizah (SMA Wataniah), Hidayah (SMA Pasir Puteh), Liyana Hazwani (SMA di KT-lupa~~), Sofiah Zarith(SMA di Tgganu),Nazirah (Besut), Ayu (Pasir Puteh), Kak Aini; Kak Ani; Kak Sa;Kak Wan (MAAHAD). Sesungguhnya ukhwah fillah sangat indah. Berbuak puasa bersama-sama dalam satu talang, solat jemaah sama-sama, tazkirah pada hari Jumaat, bersihkan surau sekolah. Subhanallah!. Di sinilah sahabat-sahabat mula mengajar ana tuk bertudung labuh! (Syukran Sofiah Zarith and Kak Aini first tudung labuh yang dipinjam semasa berjuang tuk SPM).
Mungkinkah cadangan ini sesuai?
1) Menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam menjalankan dakwah.
2) Menunjukkan qudratun hasanah yang menyebakan mereka tertarik kepada keindahan Islam.
3) Menunjukkan orang Islam iaitu yang meletakkan kepentingan Allah yang pertama adalah terdiri daripada golongan yang Berjaya.
4) Tidak pernah putus asa dan bersabar dengan karenah masing-masing kerana setiap orang adalah berbeza!
5) Dakwah bukan semata-mata mengaji, solat dan sewaktunya, ia adalah seluruhnya; bagaimana anda berkomunikasi, bagaimana anda membawa diri..
6) Menjadikan surau kolej-kolej kediaman aktif kerana adik-adik biasanya mencari ketenangan setelah penat mengulangkaji pelajaran di surau. Di sinilah keberkesanan dakwah.
7) Aktiviti sosial adalah berteraskan Islam, riadah bersama-sama adalah mengeratkan ukhwah dan dapat mengajak adik-adik bersama-sama menyertai kita. Ana sedih kerana beriadah di kolej kediaman muslimah tidak aktif kecuali ada aktiviti sukan antara fakulti.
Tanggapan Uitm S.ALAM sebagai sebuah universiti yang terdiri daripada mahasiswanya suka bersosial tidak pernah hilang dari fikiran mahasiswa universiti lain. Ingin ana tegaskan di sini terdapat persatuan agama yang masih memperjuangkan Islam iaitu Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH) dan Persatuan Bahasa Arab, Engine Union (under biro kerohanian) dan persatuan-persatuan luar yang bergerak aktif dalam dakwah. Jangan berputus asa.!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan