Isnin, 29 Jun 2009

Pemilik CintaKU


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pdMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..


"aku cinta kamu kerana agamamu, jk hilang agama dalam dirimu, hilanglah cintaku pdmu"

ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pdMu
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

"redha Allah yang ku cari, aku jatuh hati padamu kerana Allah"

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...

"Kurniakan aku kekuatan hati, biarlah hati-hati ini sentiasa mengingatiMu"

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukan aku pada sesorang yang merindui syahid di jalanMu..

"Ya Allah, matikan aku dalam iman, jadikan aku orang yang syahid di jalanMU"

Ya Allah,
jika aku menkmati cinta kekasihMu,
jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga mlm terakhirmu...

"Tahajuddku tanda cintaku padaMu.."

ya Allah
Jika aku jatuh hati pd kekasihMu,
jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm
perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...

"Mujahiddah muslehah.."


ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jgn biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pd cinta hakiki dan rindu
abadi hanya kpdMu..
amin

Doaku semoga kita berdua berjaya dunia dan akhirat
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran
yang sememangnya menguji kekuatan iman

ya Allah.jika kau takdirkan aku untuk die,die untuk aku..
dekatkan hatiku dengan hatinya,
satukan kami berdua,sebagaimana engkau satukan adam dan hawa,yusof dan zulaikha, cinta teragung rasulullah dan siti khatijah,
sekiranya dia bukan untukku
redhakan aku dengan ketentuanmu
engkau lebih mengetahui yang terbaik untukku
amin

Tiada ulasan: