Ahad, 31 Januari 2010

JgN MaRaH Yer




kes 1 : saya tak kira...saya geram btol la dgn die.ade ke die wat mcm nie kat saya. ape die ingat, jawatan die sebagai ketua, dia ley marah saya sesuka hati.

kes 2: bengong kereta depan tu, brek mengejut, ape nak kena langgar ker

kes 3: ko nie reti x buat kerje nie, kalo xtau, pergi la tanye lecturer. nie buat pandai-pandai jer. ko tau x berapa markah nie tuk kita punya project. aku xkira, aku nak evaluate ko markah rendah

kes 3: abg, mama kata jangan main la laptop mama. mama ade kerja nak buat la. nak kena pukul ea. meh cini, mama pukul.



sahabat- sahabat, ini adalah contoh marah tidak bertempat. marah boleh membuat keadaan menjadi buruk. saya pilih tajuk ini kerana satu hadis yang saya baru belajar:

hadith 16/40
Dr Abu Hurayrah radiyallahu 'anh, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi saw:
Berilah wasiat kepada aku.
Sahut nabi:
Jgnlah engkau marah
kemudian, ia mengualngi beberapa kali.
Sabdanya:
Janganlah engkau marah

(Bukhari)

saya sangat marah hari ini. tetapi saya ingin mengawalnya. kalau saya marah hari ini dekat F, saya akan bermasam muka dengan dia. Saya sangat mudah terasa sebab saya memang mudah terasa. saya geram dan ingin menghentak buku ke atas meja apabila F tidak mahu mengikuti saya sesudah berjanji kerana Kak A ingin membawanya ke maklaml. Saya amat bencikkan janji kosong, sebab ciri-ciri orang munafik adalah tidak menepati janji. punca saya marah adalah kerana saya sudah berjanji dengan Mat Shah untuk membawa saya ke loji memproses gas. untuk masuk loji, saya perlu di bawa oleh operator yang kebanyakkannya adalah lelaki atau jurutera. saya ingin belajar, tetapi saya perlukan teman perempuan supaya saya tidak berdua dengan lelaki, sebab yang ketiga adalah syaitan. apabila F membatalkan janji itu, saya nampak Mat Shah keluar dari kafe. die sudah bersedia membawa saya, tetapi saya masuk bilik Hanafi dan terus mengemas meja dan masuk ke bilik Hambali dan melempar 'safety helmet' . ya saya sedang marah. saya duduk dan berfikir secara positif.

F dalam bahagian 'Utility'
Saya dalam 'Process'

saya mengutamakan kepentingan saya supaya saya dapat turun ke loji bahagian 'Process'.

Td syaitan telah mempengaruhi saya supaya marah. Saya duduk, saya bertenang. baru saya terfikir pada malam ini.

Untuk meredakan marah:
Abu Dzar al-Ghifari :" APabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum hilang maka hendaklah ia berbaring"

Subhanallah...itu adalah benar!!

"bahawa kemarahan itu dr SYAITAN. Dan sesungguhnya SYAITAN DARI API. api hanya dapat dipadam dengan AIR. apabila marah, hendaklah kamu berwudhuk.":Rasulullah saw

Amru bin Al-As berkata:
"Saya bertanya kepada Rasulullah, bagaimanakah cara supaya saya tidak dimurkai Allah?
jawab Rasulullah:
"Jangan marah"

Hukama:
Lebih baik sebuah kapal dipermainkan gelombang hingga hilang pedomanya dari seorang pemarah. sebab walaupun kapal itu telah rosak, orang yang melihatnya masih sayang dan pilu hati. tetapi orang yang marah, bertambah ditolong bertambah berang, bertambah dicegah bertambahlah garang, hingga orang jemu memandangnya

Hendaklah kamu marah???
Ya. Kita perlu marah apabila kristian ingin menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.
Ya. Ketika maksiat berleluasa di depan mata. wanita tidak mahu menutu aurat. kapel common.
Ya.apabila politik kotor.
Ya. wang rakyat tidak diurus dengan baik.
alhamdulillah,selepas tu saya sms Atiqah
" Atiqah, t awak da ciap solat, teman kte g plant tau. Ar da janji nga abang tu, xelok lak die tunggu. T saya cakap nga Bob suh bgtau die kat ner, F xley teman ar sbb die nak g makmal."

Syukran, saya belajar sesuatu hr ini
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memelihara (AL-Hafidz)


Tiada ulasan: