sbb ape ekh?
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)" .(Adz-Dzaariyaat15-18)
owh Rasulullah buat eh? Aku kan cinta die, aku nak tiru die jgk la
didalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Muslim rh : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam".
Bila nak buat?? sblm tdo??kul 3 pg??bfr Subuh??
Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.
Tp....
"Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)
ala besnya, time dosa-dosa menggunung nie, besnya ALlah ampunkan daku. time doa camnie, die janji nak perkenankan, kalaulah stiap kali aku berdoa dia perkenan besnya..
"Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)
tp xramai pun dapat bangun, kenapa ya?Usaha kita melwan nafsu, time tu kantuk sgt kuat. Tetapi Allahlah yang mengilhamkan untuk kita berusaha. Malah Allah yang menggerakkan segala anggota badan kita untuk berusaha. Allah mengilhamkan fikiran, gerak rasa, emosi, gerak hati dan mengatur persekitaran di dalam ‘usaha’ yang kita katakan.
Kita hanyalah seperti angin dan debu yang hanya mengikut aturan Allah samada suka atau terpaksa. Yang mampu kita lakukan hanyalah berserah...
camne ekh nak solat qiam nie??satu rakaat cukup da??
"Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)
wow Kekasih ALlah yang maksum pun buat 11 rakaat. ALahai, hamba yg jahat nie, sering berdosa pdMu..owh
Allah kau tetap mha Pengasih dan Penyayang
Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah : Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur !(Bukhari dan Muslim)
Jgn lupa, niat dulu sebelum tdo...Sahaja aku niat untuk bangun qiam..(jgn wat camni sudah)..hehe. besnya dpt phala jgk
ehem..ehem
"Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)
islam itu mudah kan?
Sayugia diingatkan mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian atau kewajiban, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasan atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.
Berkata Anas RA :
Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ.
Lalu baginda bertanya :
Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu.
Lalu Rasulullah SAW bersabda pula :
" Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur !" (Muttafaq 'Alaih)
mereka bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim).
WALLAHUALAM
ALL THE BEST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan