" melayu sepakat, islam berdaulat"
29/1/2011
universiti teknikal MELAKA, durian tunggal
suatu kebanggaan bagi ana kerana pada hari ini, semua umat Islam sejauh dari Kelantan dan Johor dan sedekat dari Melaka dan sebenarnya hampir segenap negeri di Malaysia sama-sama berkumpul untuk mencapai satu resolusi sebagai memperingati dan menginsafi diri, Bukan setakat itu sahaja, sama-sama berubah untuk menjadi seorang Islam Melayu yang disegani oleh bangsa-bangsa lain!
Apa yang terkesan di hati ini adalah bagaimana penjajah cuba sedaya upaya menghilangkan jati diri anak-anak Melayu. Berapa ramai antara kita sedar hal ini. Kalendar Islam di ganti dengan Kalendar Barat, bagaimana tidak kita akan terlupa tarikh-tarikh penting dalam umat Islam. Cuba tanya siapa tahu bila Sultan Muhamad Al-Fateh menakluk Istanbul? berapa ramai yang dapat menjawab dengan tepat. itu tidak termasuk sejarah-sejarah islam lain. Berpakaian yang tidak menutup aurat, katanya ingin mengikut trend. DI mana jati diri anda sekiranya anda copy paste gaya orang lain?tidak lupa juga pasal solat di mana tiang agama anda. Saya bekerjasama dengan seorang budak degree, semasa bereksperimen. Hanya sekali dia mintak kebenaran untuk solat sepanjang berminggu-minggu bekerja dengan saya. Pernah juga tangan dia bersentuh dengan tangan saya. saya terkejut dan nasib baik ketika itu berglove, ingatkan ungkapan maaf akan keluar, tetapi dia diam sahaja. Saya tahu, bagi dia itu adalah perkara biasa. Saya ingat ketika semasa saya ingin bermain archery saya perlu di bantu seorang lelaki non-muslim untuk memakaikan sarung tangan, tetapi dia mendengar saya menyuruh kawan saya sahaja. dia terus meminta bantuan kawan perempuan dia untuk memakai kan untuk saya. Bahkan non-muslim pun tahu hal itu. di mana jati diri wahai melayu islam? adakah status anda sebagai Islam keturunan sahaja?
terima kasih tarbiyah!! saya pernah berada pada golongan atas!
Gembira, itulah ungkapan di hati. Ukhwah fillah yang terbina sangat indah. Ramai saudara seislam yang saya jumpa. Saya sangat terkejut dengan seorang senior yang saya kagumi semasa di MRSM KT. dia hampir lupa akan saya, Kak Intan yang balik berpantang dan akan fly ke Adelaide untuk menerusakan pengajian dalam PHD. Rupanya dia sudah lama berada dalam usrah ISMA semenjak degree. Ketiga bekas masulah saya: Kak Nadia Bakri, akhwat dari TERENGGANU. Kak Ika, akhwat dari MELAKA dan Kak Amal, akhwat dari MELAKA. Ana sangat gembira bertemu kalian =).
Apabila suasana Islami dihidupkan, tandas, pendafaran, tempat duduk di asingkan. Sungguh berbangga dengan suasana itu. Tiada pencampuran antara ikhwat/akhwat. Ana tidak lupa membeli coklat dan baju labuh di gerai-gerai yang dibuka. Tidak sempat membeli badge yang dijual anak Ustaz Halim.
terima kasih, Allah
aku di sini kerana izin mu
" Kebaikkan generasi pertama umat ini adalah kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan"
Bukhari dan Muslim