Khamis, 2 Julai 2009

HURM...ME,U,THEY?




Anda baca novel?

Adakah buku merupakan teman jika bosan?

Adakah anda sukakan keindahan Islam?




Jika jawapan anda adalah ya jum baca satu catatan menarik. Ana tertarik dengan tajuk sebuah buku karya Fatimah Shahra iaitu Pemilik Cintaku. Ia bukan sekadar novel cinta yang kadangkala adalah imiginasi penulis semata-mata yang tidak pernah wujud dalam kehidupan sebenar. ana bukanlah di kalangan remaja penggemar novel. Tetapi Tautan Hati (sahabiah-sahabiah cuba baca,membina jiwa) merubah tanggapan ana terhadap novel!). Ia adalah satu transformasi dalam bidang penulisan novel di Malaysia, walaupun Indonesia sudah jauh dalam bidang penulisan novel pembangunan jiwa. Buat pertama kalinya ana mula tertarik dengan novel ini.

Syukran Lily! What a great novel I had.


Setiap helian buku adalah bermanfaat buat ana. Terasa seolah berada dalam suasana novel tersebut. Ana boleh imagine kerana suasana itu adalah biasa.









Kalau nak tau best ke x, cubalah. Tak rugi!

Pemilik Cintaku (karya Fatimah Syahra –RM12), catatan yang di cadangkan Yana kepada Ina adalah suatu catatan terbaik untuk orang-orang yang dilamun cinta, orang yang bakal berumah tangga dan juga untuk ibu bapa. Ternyata kedai buku ana dan Ina pergi hanya terdapat satu buah buku itu sahaja. Walaupun ana berjaya menjumpai buku tersebut, namun Ina layak untuk mendapatkan buku tersebut. Pada pandangan ana, ina bakal membina bait muslim dalam masa terdekat ini. Jadi dia perlukan buku tersebut. Ana ingat, bila balik umah, ana boleh mendapatkan buku tersebut. Ternyata buku tersebut juga sudah habis dan tempahan tidak dapat diterima kerana kehabisan stok.

Alhamdulillah…Mungkin rezeki ana lain kali (*-*)

Qaniah, si isteri adalah seorang yang terdidik dengan akhlak Islamiah. Dia di uji dengan cinta lelaki yang mula mengoyahkan hatinya. Namun dengan iman di dada, ditetapkan hatinya, di beri kekuatan oleh Allah supaya tidak terpedaya dengan pujuk rayu syaitan. Walaupun rijal yang cuba mendakati beliau adalah bukan calang-calang orangnya; seorang presiden persatuan Islam universiti beliau dan juga bekas pelajar sekolah beliau. Semuanya ditolak setelah Istikarah mengiringi setiap keputusan beliau. Sehinggalah mendapat petunjuk ar-rijal yang bijak, cuba mendekati ibu-bapa Qaniah terlebih dahulu.

Kurniakan Ya Allah ar-rijal seperti ini buat ana.

Ar-rijal pilihan Qaniah sangat menjaga Islamnya. Walaupun telah diikat dengan pertunangan, ar-rijal ini tidak pernah menghubungi Qaniah. Semuanya urusan adalah melalui ibu bapa. Cinta tunangnya adalah kerana Allah, semuanya telah diserah sepenuhnya kepada Allah.

Sehinggalah Qaniah mendirikan rumah tangga. Subhanallah, cinta yang diredhai Allah yang penuh keberkatan. Akhlak mulia yang ade pada suami Qaniah sangat mengangumkan. Tidak pernah terfikir di hati ana masih adakah suami yang menjadikan Rasulullah ikutan sebagai seorang suami yang baik. Bait muslim yang dipenuhi dengan mengingati Allah. Bacalah kalau nak tahu lanjut. He2. Rugi tau!

Malam Isnin ana dah nak balik ke Shah Alam. Hati ini sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang. Ana akan merindui perangai adik-adik ana yang bermacam. Umi pasti merindui ana untuk dijadikan teman berbual dia. Ana akan merindui solat jemaah bersama keluarga. Tiada lagi makanan yang di masak sendiri. Sesungguhnya pemergiaan ana merupakan suatu perjuangan yang masih belum selesai, untuk mengengam segulung ijazah seterusnya berbakti kepada keluarga dan juga Islam. Ana sudah merasai suasana belajar, yang penuh dengan tekanan supaya kita menjadi terbaik. Menyiapkan assignment, menyiapkan mechanical design of our plant berserta report, handle dinner terakhir untuk batch ana (hu2,kawan-kawan tiba masanya kita berpisah),mungkin cuba sebaik mungkin untuk menghargai kawan-kawan sekeliling (ana busy sehinggakan tidak menjenguk kawan dan tiada lagi makan bersama-sama even jemaah tidak sempat!) dan pastinya mendapatkan result terbaik untuk tests mahupun final exam.






Rabu, 1 Julai 2009

HIDUP PALESTINE






Hidup palestina!

Saat langit berwarna merah saga

Dan kelikir berkasar berlarian

Meluncur laksana puluhan peluru

Terbang bersama teriakan takbir

Ketika yahudi, yahudi membantaimu

Merah berkesimbah di tanah air mu

Mewangi harum genangan darahmu

Membebaskan bumi jihad paletina

Perjuangan telah kau bayar dgn jiwa

Syahid dalam cintanya

Semua menjadi saksi

atas langkah keberanianmu

Kita juga menjadi saksi

Atas keteguhanmu

Isnin, 29 Jun 2009

Pemilik CintaKU


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pdMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..


"aku cinta kamu kerana agamamu, jk hilang agama dalam dirimu, hilanglah cintaku pdmu"

ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pdMu
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

"redha Allah yang ku cari, aku jatuh hati padamu kerana Allah"

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...

"Kurniakan aku kekuatan hati, biarlah hati-hati ini sentiasa mengingatiMu"

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukan aku pada sesorang yang merindui syahid di jalanMu..

"Ya Allah, matikan aku dalam iman, jadikan aku orang yang syahid di jalanMU"

Ya Allah,
jika aku menkmati cinta kekasihMu,
jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga mlm terakhirmu...

"Tahajuddku tanda cintaku padaMu.."

ya Allah
Jika aku jatuh hati pd kekasihMu,
jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm
perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...

"Mujahiddah muslehah.."


ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jgn biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pd cinta hakiki dan rindu
abadi hanya kpdMu..
amin

Doaku semoga kita berdua berjaya dunia dan akhirat
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran
yang sememangnya menguji kekuatan iman

ya Allah.jika kau takdirkan aku untuk die,die untuk aku..
dekatkan hatiku dengan hatinya,
satukan kami berdua,sebagaimana engkau satukan adam dan hawa,yusof dan zulaikha, cinta teragung rasulullah dan siti khatijah,
sekiranya dia bukan untukku
redhakan aku dengan ketentuanmu
engkau lebih mengetahui yang terbaik untukku
amin

Khamis, 25 Jun 2009

dOa RaBitaH

Doa Rabitah
Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintamu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukki lah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tidak pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan kurniaan iman
Dan indahnya tawakkal kepadamu
Hidupkan dalam makrifatmu
Matikan dalam syahid di jalanmu
Engkaulah pelindung dan pembela

tarbiyah

>


Selamat datang pelajar baru




Wahai sahabat yang ana kasihi sekalian yang sudah ber’title’ senior di universiti-universiti seluruh negara UITM,UTM, USM, USIM, UKM, UMP, UPM, UMS, UNIMAS, UM dan banyak lagi ;mahupun yang berada di luar negara. Kita akan menerima kedatangan adik-adik baru yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara dan yang bakal menentukan masa depan negara kita pada 26hb Jun ini. Selamat datang adik-adik bakal mahasiswa!. Apakah method yang sesuai,mengekalkan istiqamah adik-adik dari sekolah agama dan adik-adik yang akan ditarbiyah. Cabaran kita sekarang bukan sahaja mengenggam segulung ijazah, tetapi mewujudkan suasana dakwah yang menjadi wajib pada zaman sekarang.




Ingin ana menceritakan bagaimana tarbiyah daripada dakwah berkesan ke atas ana. Ana tergolong daripada keberkesanan tarbiyah setelah memasuki MRSM KT di mana ukhwah di sana sangat kuat. Ana bersyukur di beri kesempatan merasai kemanisan dakwah-dakwah di sana. Allah maha kuasa, tidak terfikir di hati ana untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh (kerana takutkan hantu-hantu, kisah-kisah dr kakak ana yang pernah berada di Naim Lilbanat dan SM Sains Dungun dan m*!). ana bersyukur kerana

sahabat-sahabat ana adalah dari sekolah-sekolah agama Faizah (SMA Wataniah), Hidayah (SMA Pasir Puteh), Liyana Hazwani (SMA di KT-lupa~~), Sofiah Zarith(SMA di Tgganu),Nazirah (Besut), Ayu (Pasir Puteh), Kak Aini; Kak Ani; Kak Sa;Kak Wan (MAAHAD). Sesungguhnya ukhwah fillah sangat indah. Berbuak puasa bersama-sama dalam satu talang, solat jemaah sama-sama, tazkirah pada hari Jumaat, bersihkan surau sekolah. Subhanallah!. Di sinilah sahabat-sahabat mula mengajar ana tuk bertudung labuh! (Syukran Sofiah Zarith and Kak Aini first tudung labuh yang dipinjam semasa berjuang tuk SPM).



Bagaimanakah wahai sahabat sekalian kita ingin mengajak adik-adik berada bersama-sama kita berjuang di jalan Allah menjadikan Islam the way of life?

Mungkinkah cadangan ini sesuai?

1) Menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam menjalankan dakwah.

2) Menunjukkan qudratun hasanah yang menyebakan mereka tertarik kepada keindahan Islam.

3) Menunjukkan orang Islam iaitu yang meletakkan kepentingan Allah yang pertama adalah terdiri daripada golongan yang Berjaya.

4) Tidak pernah putus asa dan bersabar dengan karenah masing-masing kerana setiap orang adalah berbeza!

5) Dakwah bukan semata-mata mengaji, solat dan sewaktunya, ia adalah seluruhnya; bagaimana anda berkomunikasi, bagaimana anda membawa diri..

6) Menjadikan surau kolej-kolej kediaman aktif kerana adik-adik biasanya mencari ketenangan setelah penat mengulangkaji pelajaran di surau. Di sinilah keberkesanan dakwah.

7) Aktiviti sosial adalah berteraskan Islam, riadah bersama-sama adalah mengeratkan ukhwah dan dapat mengajak adik-adik bersama-sama menyertai kita. Ana sedih kerana beriadah di kolej kediaman muslimah tidak aktif kecuali ada aktiviti sukan antara fakulti.

Tanggapan Uitm S.ALAM sebagai sebuah universiti yang terdiri daripada mahasiswanya suka bersosial tidak pernah hilang dari fikiran mahasiswa universiti lain. Ingin ana tegaskan di sini terdapat persatuan agama yang masih memperjuangkan Islam iaitu Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH) dan Persatuan Bahasa Arab, Engine Union (under biro kerohanian) dan persatuan-persatuan luar yang bergerak aktif dalam dakwah. Jangan berputus asa.!

Rabu, 24 Jun 2009

nak tamabah amalan bulan ni?

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.

Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
· Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
· Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
· Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
· Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
· Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
· Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
· Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
· Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
· Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
· Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
· Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
· Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
·
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara